:

Sunday, May 12, 2013

20 Fakta Mengenai Kucing

Views

Assalamualaikum

~Kalau Tak Jawab Dosa,Kalau Jawab Sayang~



       Yo! Lama tak bersua, yo! Argghh!! Malasnya nak menaip...(Jangan tiru aksi ini di mana-mana kerana malas itu sifat syaitan). Ya,siapa lagi menaip selain [admin Aliah]. Namun begitu,demi para pembaca tercinta khayalan..Ku gagahkan jua tanganku menaip..Ok, taulah blog tengah 'rosak' and buruk sekarang ni..Tapi tu cerita lain la..Ok, berbalik pada tajuk..Kini,bermulalah misi blog ni dikunjungi pelawat!!~ ^___^ v Tanpa berlengah masa, bersedialah tanganku untuk lenguh dan mata para pembaca berpinar-pinar~~~But before that,ni admin sendiri yang edit tau!


Nama dia (bukan ia ke?) POK!!Nama gelaran..POKKY DOKKY LOKKY.. :p .Nama penuh..Keropok Jampok Bujang Lapok  BINTI  Tam (mak dia sebab tak tau siapa bapak dia) SELAMAT HARI IBU!!~~(tetiba jer)
20 Fakta Kucing 

(Dipetik daripada Harian Metro Selasa,16 April 2013 ruangan Hati muka surat H19)

  1. Haiwan peliharaan boleh dimandulkan atas sebab kebajikannya dan masyarakat berdasarkan fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu "bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah."
  2. Kedua-dua kucing dan manusia mempunyai kawasan sama pada otak yang mengawal emosi.
  3. Kucing mempunyai 230 tulang dan 500 otot rangka,berbanding manusia dengan 206 tulang dan 650 otot rangka.
  4. Tulang selangka kucing tertanam pada otot di bahagian bahu,membolehkannya melepasi mana-mana bukaan sebesar kepalanya.
  5. Pendengaran kucing jauh lebih sensitif iaitu ia boleh mendengar sehingga 65 khz (kilohertz),berbanding manusia dan anjing.Pendengaran manusia terhenti pada 20 khz.
  6. Kucing boleh melihat enam kali lebih tajam pada waktu malam berbanding manusia dan hanya memerlukan satu per enam daripada cahaya yang diperlukan manusia.Luas pandangannya ialah 200 darjah.
  7. Kucing berbulu putih suci dan bermata biru selalunya pekak.
  8. Sepuluh peratus dari pada tulang kucing berada pada ekornya dan digunakan untuk mengimbangi tubuhnya.
  9. Kucing tidak sukakan bauan limau.
  10. Kucing menggunakan misainya untuk menjangka jarak dan mengesan perubahan kecil dalam tekanan udara.
  11. Kucing terdiri daripada pelbagai jenis baka antaranya Polydactyl,American Curl, American Wirehair, Asian Semi-Longhair,Bambino,Munchkin,Bombay,Sphynx,Ragdoll,Turkish Van,Abyssinian,Birma,Siam,Parsi,Norwegian, Maine Coon,Aegean,American Bobtail,Brazillian Shorthair,British Shorthair,British Longhair dan Burmilia.
  12. Kucing minum air menggunakan bahagian bawah lidahnya.
  13. Kucing berjalan di atas jarinya.Ia juga boleh melompat 5 kali ganda daripada ketinggiannya.
  14. Kajian Sains mendapati,perbuatan membelai kucing boleh mengurangkan tekanan darah tinggi seseorang.
  15. Kucing juga didapati memberi tindak balas lebih baik kepada wanita berbanding lelaki,kemungkinan disebabkan wanita mempunyai suara lebih nyaring.
  16. Kucing berjari enam biasa terdapat di Boston dan Massachusetts,Amerika Syarikat.
  17. Pada Perang Dunia Pertama,kucing tinggal bersama askar di dalam khemah dengan tugasnya membunuh tikus.
  18. Masyarakat Mesir Purba menganggap kucing haiwan yang suci dan patung kucing yang mereka bina adalah berdasarkan kucing daripada baka Abyssinian.
  19. Kucing tidak terdapat dalam zodiak Cina tetapi wujud dalam zodiak orang Vietnam.
  20. Kucing betina sangat subur dan ia bermakna setiap anak kucing yang ada boleh mempunyai bapa yang berbeza.  

Dan ingat...yang paling penting...Kucing juga haiwan kesayangan Rasulullah  dan juga setiap para admin dan kami semua membela kucing!~~

Assalamualaikum
~Kalau Tak Jawab Dosa,Kalau Jawab Sayang~

No comments :

Post a Comment

Siapa yang murah hati bolehlah tolong sedekahkan komen.Terima kasih~

Spread the love! (っ◔◡◔)っ ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Friendship tickers