Assalamualaikum
~Kalau Tak Jawab Dosa,Kalau Jawab Sayang~
Sayang-sayang sesama perempuan sahaja! Harap maklum! (Jangan salah faham ya, ini sayang sesama muslimah dan sebagai rakan sahaja.) Kali ini [admin Aliah] tulis.. Tidak perlu bercoloteh panjang-panjang, straight to the point that is the title. Okay? Ngerti? Tidak faham sila tanya Mr. Google Translate. Buat apa susah-susah buka new tab? Di blog ini sudah disediakan! Alamak, jika orang yang first time baca blog ini mesti sudah mula marah (?) kan, STAIGHT TO THE TITLE la [admin Aliah] oii!!~~
{Dipetik daripada majalah Asuh, keluaran Jul. 2013 isu 192, ruangan Tiru Nabi, muka surat 19}
Manusia sangat gemar kepada kecantikan dan begitu juga Allah SWT yang sangat suka pada keindahan. Kita gemar memilih warna-warna yang menarik supaya penampilan kita sentiasa tampak kemas dan cantik. Adik-adik, untuk kelihatan cantik dan bergaya,sebenarnya kita boleh mengikuti sunah Rasulullah SAW. Berikut adalah warna-warna yang pernah dipakai Baginda SAW ketika hayatnya.
1.Putih
Daripada Samurah r.a.,Rasulullah SAW bersabda : "Pakailah pakaian bewarna putih kerana ia lebih suci (bersih) dan baik." (Riwayat an-Nasa'i)
Abu Ramtsah meriwayatkan bahawa: "Saya pernah melihat nabi SAW mengenakan dua helai pakaian bewarna hijau." (Riwayat Tirmizi, Nasai dan Ahmad)
Daripada Amir bin Hurais r.a. berkata: "Aku pernah melihat Rasulullah SAW berada (berkhutbah) di atas mimbar dan di atas kepalanya terdapat serban hitam." (Riwayat Muslim,Abu Daud dan an-Nasa'i)
4.Kelabu
Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: "Pernah Nabi keluar dengan kepala yang dibalut sehelai kain yang bewarna kelabu." (Riwayat Bukhari)
5.Merah
Jabir r.a. berkata: "Pernah Rasulullah SAW berpakaian yang bercorak merah pada dua hari raya dan pada hari Jumaat." (Riwayat Baihaqi)
6.Warna bercorak
Anas r.a. berkata beliau pernah melihat: "Nabi SAW menutup kepalanya dengan kain biasa yang bercorak-corak warnanya." (Riwayat Bukhari)
Kesimpulan
Adik-adik, ternyata Rasulullah juga memilih warna yang cantik dalam pemakaian baginda.Adik-adik juga boleh mencontohi warna-warna yang dipakai baginda ini sebagai warna pakaian adik-adik. Di samping kelihatan cantik, adik-adik juga mendapat pahala kerana melakukan sunah Rasulullah SAW.
p/s:Aha! Dapat tak? Lupa mahu ucapkan kepada semua..SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK!!! Puasa penuh tahu.. :3 Tata! See you next time, In-shaa-Allah!~
Yang lenguh tangan, mata, minda dan kaki (?) menulis,
[admin Aliah]
p/s:Aha! Dapat tak? Lupa mahu ucapkan kepada semua..SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK!!! Puasa penuh tahu.. :3 Tata! See you next time, In-shaa-Allah!~
Yang lenguh tangan, mata, minda dan kaki (?) menulis,
[admin Aliah]
No comments :
Post a Comment
Siapa yang murah hati bolehlah tolong sedekahkan komen.Terima kasih~
Spread the love! (っ◔◡◔)っ ♥