:

Saturday, August 31, 2013

Video Setia Malaysia

Views


Sepatutnya hari ni, 31 Ogos nak post pasal Asal Usul Lagu Negaraku tapi tak bawak keratan akhbar dia balik kampung..Lepas dah balik nanti In-Shaa-Allah ada. ;)

[admin Aliah]

[admin Syamilah]

Friday, August 23, 2013

Tentang Coklat

Views

Assalamualaikum
~Kalau Tak Jawab Dosa,Kalau Jawab Sayang~


Disebabkan [admin Aliah] ini mempunyai sifat malas yang susah dirawat,maka kopi pasta sajalah~Daripada siapa?Abang sendiri..boleh kan?Mr.Taiwan?(Syamilah pasti faham!)        (^_6) <-----faham tak?Ini muka!

COKLAT

Sumber imej : Pak Cik Google.

APAKAH ITU COKLAT?

Coklat boleh diklasifikasikan sebagai coklat tulin atau kompaun.
Coklat tulin hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 5% lemak sayuran. Manakala, coklat yang digunakan sebagai salutan untuk membuat biskut, konfeksyeneri atau produk coklat yang lain hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 12% likur koko.
Produk-produk koko atau coklat yang tidak memenuhi kriteria tersebut dikenali sebagai coklat kompaun.

SEJARAH COKLAT

Koko atau nama saintifiknya Theobroma cacao dari keluarga "Sterculiaceae" adalah berasal daripada bahasa Yunani yang membawa maksud makanan para dewa. Pokok koko menghasilkan buah yang bijinya diambil untuk dibuat coklat dan minuman koko.

CARA PENGHASILAN

Coklat dibuat daripada kacang atau biji yang diperolehi dari buah pokok koko. Kacang ini ditukar kepada cecair coklat dengan proses pengeringan,pemanggangan dan pengeringan.Kemudian cecair coklat melalui satusiri pemprosesan iaitu pengaduan, penghalus,`conching’ pendinginan dan penghasilan coklat. Kemudian kita akan mendapat coklat dalam bentuk sekarang.

JENIS-JENIS COKLAT
  • Coklat susu
  • Coklat putih
  • Coklat kosong
MANFAAT COKLAT
  • Coklat makanan berkhasiat                            
  • Lemak koko dalam coklat merendahkan paras kolesterol                          
  • Bahan Anti-Kerosakan gigi dalam coklat.
  • Coklat mengurangkan risiko sakit jantung  
FAKTA TENTANG COKLAT
  • Bar coklat yang pertama telah dikeluarkan di England oleh Cadbury pada tahun 1842.
  • Dalam semua, terdapat 500 pelbagai jenis perisa coklat. Coklat susu adalah kegemaran untuk sebilangan besar penduduk di dunia.
  • Apabila kita makan coklat, ia cair di dalam mulut kerana takat lebur lemak koko yang hadir di dalamnya adalah lebih rendah sedikit daripada suhu badan kita yang normal.                                                                            

Sumber ;

Abangku,abangku jua.




Saturday, August 10, 2013

Manfaat dan Mudarat Stres

Views
Assalamualaikum
~Kalau Tak Jawab Dosa,Kalau Jawab Sayang~

Sumber imej : Pak Cik Google

Stres ialah reaksi tabii tubuh badan kita terhadap rangsangan fizikal dan emosi.Oleh sebab itu,stres adalah fitrah manusia.Maksudnya,stres ialah keadaan yang pasti berlaku dalam diri manusia.
                                                                                                                                                                      Manfaat Stres
  • Stres akibat takut gagal, menyebabkan kita bangun berusaha dengan lebih gigih.
  • Stres akibat hubungan kita yang tidak mesra dengan ibu bapa,menyebabkan kita bertindak meminta maaf, berterus-terang dan melakukan tindakan-tindakan positif bagi membetulkan keaadaan.
  • Stres kerana jahil akan mendorong seseorang itu bangun menimba ilmu.
  • Stres kerana merasakan diri berdosa akan mendorong orang yang masih ada sekelumit iman dalam hati beristighfar,bertaubat dengan sungguh-sunggguh dan berazam tidak mengulangi dosa silam.
  • Stres kerana merasakan diri tiada pencapaian akan memotivasi diri berusaha meraih kejayaan dalam hidup.
  • Stres kerana melihat perbuatan mungkar berleluasa akan menyebabkan jiwa memberontak ingin melaksanakan amar makruf nahi mungkar.
  • Stres kerana didiagnosis ada risiko kesihatan akan menyebabkan si pesakit berusaha menjaga pemakanan dan melakukam pelbagai usaha untuk menyambuhkan.
Mudarat Stres
  • Stres melebihi dos akan menimbulkan keletihan bagi jiwa dan menyebabkan perasaaan lelah.
  • Akibat Stres manusia bertukar dari ceria,bertenaga dan bersemangat menjadi individu yang lemah,murung dan putus asa.
  • Stres penyebab pelbagai penyakit kronik buktinya 70% pesakit yang mengunjungi hospital berpunca daripada stres.  

    p/s : ini tulis dari semalam ya.entri pertama selepas balik kampung hari pertama! ^_^v
Ditulis oleh ;           

[admin Aliah]

Sumber maklumat oleh ;

[admin Syamilah]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Friendship tickers