:

Saturday, August 10, 2013

Manfaat dan Mudarat Stres

Views
Assalamualaikum
~Kalau Tak Jawab Dosa,Kalau Jawab Sayang~

Sumber imej : Pak Cik Google

Stres ialah reaksi tabii tubuh badan kita terhadap rangsangan fizikal dan emosi.Oleh sebab itu,stres adalah fitrah manusia.Maksudnya,stres ialah keadaan yang pasti berlaku dalam diri manusia.
                                                                                                                                                                      Manfaat Stres
  • Stres akibat takut gagal, menyebabkan kita bangun berusaha dengan lebih gigih.
  • Stres akibat hubungan kita yang tidak mesra dengan ibu bapa,menyebabkan kita bertindak meminta maaf, berterus-terang dan melakukan tindakan-tindakan positif bagi membetulkan keaadaan.
  • Stres kerana jahil akan mendorong seseorang itu bangun menimba ilmu.
  • Stres kerana merasakan diri berdosa akan mendorong orang yang masih ada sekelumit iman dalam hati beristighfar,bertaubat dengan sungguh-sunggguh dan berazam tidak mengulangi dosa silam.
  • Stres kerana merasakan diri tiada pencapaian akan memotivasi diri berusaha meraih kejayaan dalam hidup.
  • Stres kerana melihat perbuatan mungkar berleluasa akan menyebabkan jiwa memberontak ingin melaksanakan amar makruf nahi mungkar.
  • Stres kerana didiagnosis ada risiko kesihatan akan menyebabkan si pesakit berusaha menjaga pemakanan dan melakukam pelbagai usaha untuk menyambuhkan.
Mudarat Stres
  • Stres melebihi dos akan menimbulkan keletihan bagi jiwa dan menyebabkan perasaaan lelah.
  • Akibat Stres manusia bertukar dari ceria,bertenaga dan bersemangat menjadi individu yang lemah,murung dan putus asa.
  • Stres penyebab pelbagai penyakit kronik buktinya 70% pesakit yang mengunjungi hospital berpunca daripada stres.  

    p/s : ini tulis dari semalam ya.entri pertama selepas balik kampung hari pertama! ^_^v
Ditulis oleh ;           

[admin Aliah]

Sumber maklumat oleh ;

[admin Syamilah]

No comments :

Post a Comment

Siapa yang murah hati bolehlah tolong sedekahkan komen.Terima kasih~

Spread the love! (っ◔◡◔)っ ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Friendship tickers