:

Wednesday, October 23, 2013

SEGMEN KEYCHAIN BY FQAAKMAL

Views
 
-Tekan Banner-


Syaratnya simple je..
 
1. Blogger Malaysia
2. Buat satu entry bertajuk SEGMEN KEYCHAIN BY FQAAKMAL
3. follow blog fqaAkmal*wajib
4. like fanPage sayapunyasukala*wajib
5. Wajib tekan nuffnang kat sebelah kanan blog fqa nie..*wajib & akan disemak
5. tepek banner kat atas tu dalam entry dan backlink di entry ini
6. tinggalkan link entry di komen entry ini

Tarikh tamat: 
27 OKTOBER 2013

Hadiah: 
keychain x5
 

Sunday, October 20, 2013

Makanan yang Berbahaya Untuk Kucing

Views
 


Nampak beza entri kali ni? Huhu..Atas ni lah~ Cantik tak? Buat sendiri tau~ (Guna Photoscape je!) Nak tahu macam mana [admin Aliah] buat yang perkataan Assalamualaikum tu bagi setiap entri? Tutonya kat blog ni...Tahu kenapa buat macam tu, tak tulis tuto dia kat sini terus? (Banyaknya tanda tanya~) Sebab..nanti menyimpang tajuk pulak.. :p

(p/s : Maaf sebab lama tak update blog, asyik main GA je!  >_< )


{Dipetik daripada Berita Harian, Sabtu, 5 Oktober 2013, ruangan Inspirasi Meoww, muka surat 12}

Makanan yang boleh memudaratkan dan berbahaya kepada si comel anda

Tuna (ikan tongkol)

Memang kucing suka makan ikan, namun begitu tahukan anda ikan tuna tidak mengandungi zat yang diperlukan oleh kucing. Memberi ikan tuna secara berlebihan boleh menyebabkan keracunan merkuri (mercury poisoning).




Bawang dan daun bawang

Nampak pelik tapi tak mustahil kucing anda termakan atau mencuri makanan di dalam pinggan yang mengandungi bawang. Bawang dan daun bawang menyebabkan kekurangan sel darah merah, anemia, keracunan dan masalah 'gastrointestinal upset'.


Susu dan produk tenusu

Anak kucing memerlukan susu dan perlu diberikan susu jika anak kucing terpisah dengan induknya.Lain pula halnya jika memberikan susu dan keju kepada kucing dewasa, kerana boleh menyebabkan masalah pada sistem penghadaman. Kebanyakan kucing dewasa tidak boleh menghadamkan susu dan akan menyebabkan cirit-birit.


Anggur dan kismis

Jika diberikan kepada manusia, anggur dan kismis mempunyai banyak kelebihan, malah menjadi makanan ringan kegemaran arnab, hamster dan haiwan kecil yang lain. Berlainan pula dengan kucing kerana anggur dan kismis adalah makanan yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan membunuhnya.




Kafein

Pemberian kafein boleh memudaratkan dan kesannya tidak boleh diubati. Antara tanda keracunan ialah lesu, bernafas dengan laju, kejang otot dan sawan. Kafein bukan sahaja terdapat dalam minuman seperti teh, kopi dan coklat, tetapi juga dalam minuman bertenaga. Berhati-hati jika anda penggemar kopi dan pastikan anda tidak memberikan kucing anda menikmatinya juga.

{Sambungan ini dipetik daripada blog Chef Obie}


Alkohol

Keburukan alkohol sama seperti kesannya pada manusia dan boleh menjejaskan hati dan otak. 2 sudu alkohol boleh menyebabkan seekor kucing yang seberat 2kg mengalami koma. Dan sesudu lagi boleh membunuhnya! 


Coklat

Coklat boleh menyebabkan kematian. Tanda-tanda keracunan sama seperti keracunan lain, iaitu degupan jantung tak stabil, kejang otot dan sawan.




Gula-gula dan manisan

Gula-gula, gula getah, ubat gigi, dan apa saja manisan yang mengandungi xylitol boleh mengakibatkan peningkatan insulin dalam badan kucing anda, dan menyebabkan paras gula dalam badan merosot. Xylitol boleh mengakibatkan kegagalan hati. Tanda keracunan ialah muntah, lesu, hilang keseimbangan badan dan sawan.

Lemak dan tulang haiwan

Lemak dan tulang boleh menyebabkan muntah dan cirit-birit. Selain itu, tulang boleh menyebabkan masalah tercekik dan mencederakan sistem penghadaman kucing. 


Telur mentah

Telur mentah mengandungi bakteria seperti salmonella dan E.coli. Protein dalam telur putih yang mentah yang dipanggil avidin menghalang penyerapan vitamin B biotin dan akan menyebabkan keguguran bulu dan masalah kulit pada kucing.

Daging dan ikan mentah

Seperti telur mentah, daging dan ikan mentah boleh mengandungi bakteria penyebab keracunan. Enzim dalam ikan mentah boleh menghapuskan thiamine, iaitu penyumbang vitamin B untuk kucing anda. Kekurangan thiamine boleh menyebabkan kerosakan otak dan koma.

Makanan anjing

Sekali sekala memakan makanan anjing tak mengapa. Tetapi perlu diingatkan makanan anjing tidak direka khas untuk keperluan kucing anda dan isi kandungan kedua-dua makanan ini adalah berbeza. Makanan kucing mengandungi lebih banyak protein, vitamin dan fatty acids. Pemberian makanan anjing secara berterusan menyebabkan kucing anda kekurangan zat dan nutrisi. 

Hati ayam

Kuantiti yang kecil tidak mengapa. Tetapi jika berlebihan akan menyebabkan keracunan vitamin A. Keadaan ini boleh menjejaskan tulang kucing anda. Tumbesaran tulang akan terbantut dan kucing akan mengidapi osteoporosis. Keracunan vitamin A juga boleh membawa maut. 

'Treats' dalam kuantiti yang banyak

Seperti manusia, terlalu banyak makan 'treats' boleh menyebabkan obesiti dan diabetes. 




Yis/ragi roti

Kegunaan yis/ragi adalah sebagai penaik roti/kek. Sekiranya di makan oleh kucing, perut kucing anda akan membengkak dari dalam dan menyebabkan kesakitan. Yis /ragi juga boleh menyebabkan keracunan alkohol pada kucing. 

Ubat-ubatan manusia 

Kesilapan yang biasa dilakukan oleh pemilik kucing ialah memberi makan ubat-ubatan manusia kepada kucing mereka yang sakit. Jangan memberi ubat yang diberi dari farmasi kecuali telah mendapat pengesahan dari doktor. Ubatan seperti paracetamol, acetaminophen dan ibuprofen boleh menyebabkan kematian pada kucing. 

Dah habis? Belum lagi~ ;) Ada lagi la! ---> |
                                                                                                               |
                                                                                                              V
Special : Koleksi Gambar Makanan yang Berbahaya untuk Kucing Bersama Kucing!

Amboi, golek-golek tengok alkohol tu ye? Nasib tak minum! Tapi,yang siap tendang  kawan demi melihat alkohol tu kenapa pulak? Nasib baik kawan dia tu sabo je kan?

Yang ni tak tahulah dia tengok kafein tu ke, ataupun sengaja nak buat muka manja ala-ala Puss and Boots kat tuan dia yang tengah tuang kafein tu supaya bagi dia rasa sikit~

Bersedia! Sikit je lagi dia nak terkam tu! Tapi, kenapa gula-gula kegemaran admin masa kecik ada kat atas lantai pulak? Tak kotor ke?

Tengoklah, cara pandangan dia pada coklat tu. Berharap sangat tu~ Tapi, apa benda putih yang dia tengah pegang tu? Coklat,ya?

Yang ni lawak! Tuan dia letak benda tu kat leher anjing tu supaya anjing tu tak nampak yang kucing tu tengah curi makan makanan dia~

Macam nak tak nak je muka dia..

Yang ni, dah sah muka Puss and Boots! Ataupun muka kucing yang mempunyai keinginan yang mendalam~

Belum makan lagi dah jilat bibir?

Muka dia macam tak nak je pada hati ayam tu~ Cer tengok betul-betul,dia pandang camera lah!

Baik betul kucing ni~ Orang pun susah nak telan ubat, apatah lagi kucing, melainkan kucing ni! Sukerela tu~

Ingat diri tu katak ke? Boleh zas lidah ke sini, zas lidah ke situ..

Tak tahu lah budak ni nak terkam pastu makan ke terkam pastu peluk...

Muka takjub tu~

Hidu-hidu. Nak check basi lagi ke tak.

Ni sekor lagi, belum makan dah jilat bibir.
Lagi mata Puss and Boots!
Penat tak baca? Penat lagi orang yang menulis menaip ni tau! Ucap terima kasih di bahagian komen sebab kalau bukan admin lah yang tulis, sampai bila pun tak tahu kan? Pastu nanti mulalah bagi susu ngan tuna tiap-tiap hari. Kalau kucing mati, barulah nak menangis tak berlagu ya? Nak lagi? Apa? Tak nak? OK, memandangkan orang yang baca dan menaip ni sama-sama penat, jadi kita stop je lah ye? ;)
Sumber imej :Pak Cik Google

-TATA!-








Monday, October 14, 2013

Game Teddy Textile

Views

Nak main? Klik sini!

Ish, [admin Aliah] ni,tiba-tiba promot game kenapa? Sebenarnya [admin Aliah] baru main, Syamilah yang kenalkan! Best jugakla~

Description:

Stitch together a virtual stuffed friend from scratch with love!

How to play:

Pick a pattern and fabric for your stuffed animal. Then drag your mouse, holding down the button, through the dotted lines to cut the fabric and then sew it together. Next, drag the wads of cotton into the funnel to stuff your creation. Add on some facial features for the finishing touches, and then design a tag for your stuffed animal!

Penerangan:

Menjahit boneka haiwan dengan kasih sayang!

Bagaimana untuk bermain:

Pilihlah corak dan kain untuk boneka anda. Kemudian tarik tetikus anda, menahan butang, melalui garis putus-putus untuk memotong kain dan kemudian menjahitnya. Seterusnya, mengheret kapas ke dalam barangan ciptaan anda. Tambahkan beberapa ciri-ciri muka untuk sentuhan terakhir, dan kemudian reka bentuk label untuk boneka anda!

~Tu jelah...Sekarang giliran Syamilah pulak main ye!~

Key Chain Giveaway by Ikhwan Yusuff

Views

-Tekan Banner-
RULES & REGULATIONS
1)Pastikan korang buat aku post bertajuk "Key Chain Giveaway by Ikhwan Yusuff"
2)Copy gambar kat atas dan backlink pada post ini.Pastikan backlink okay.
3)Follow blog IKHWAN YUSUFF & FATIN WAWA.Compulsory to all of you.
4)Add google+ IKHWAN YUSUFF & FATIN WAWA
5)Giveaway akan terbatal sekiranya penyertaan kurang daripada 25 orang.
Seramai 10 orang pemenang dicari.Pemenang akan ditentukan sendiri oleh penganjur.
Key chain datang dari Terengganu,Perak dan Melaka.
Jadi jangan lepaskan peluang ini.

Birthday Giveaway by Blog Rabiatul Rahim

Views
 -TEKAN BANNER-
 
Hadiah-hadiah:
  1. 1 box Mini Pretzel (50 pieces) - 2 pemenang (Mini Pretzel pilihan anda, Chocolate, Oreo, or Strawberry)
  2. Topup RM 5 - 4 pemenang
    Birthday Giveaway ini akan tamat pada 20 October 2013 @ 11.59pm.
    So, tunggu apa lagi? Jom lah join. Meriahkan Birthday Giveaway ini ! :)
 
 

Saturday, October 05, 2013

Giveaway: Dapatkan Jam Dari Santai Leeza

Views
Giveaway: Dapatkan Jam Dari Santai Leeza
Giveaway yang simple saja... Jam Tangan untuk diberi kepada mereka yang bertuah....
     Untuk mudahkan kalian menyertai GIVEAWAY ni... kalian copy paste sahaja coding yang leeza bagi di bawah nanti kat ENTRY HTML kalian.. Cuma kalian perlu lengkapkan ayat yang leeza minta tu... ^_^
SYARAT PENYERTAAN : 
  1. Blogger Berakyat Malaysia 
  2. FOLLOW my FB PAGE
  3. Buat Entry Yang BERTAJUK "Giveaway: Dapatkan Jam Tangan Dari Santai Leeza"
  4. Letak BANNER Giveaway: Dapatkan Jam Dari Santai Leeza
  5. Sambung Ayat ni " Saya Mahu Dapatkan Jam Tangan Dari Santai Leeza kerana ..................................... "
  6. Tinggalkan Link Di Entry ni.....
  7. Berikan pendapat tentang blog Santai Leeza... (Tiada paksaan)
  8. PROMOTE BLOG dan GIVEAWAY (Tiada Paksaan)
  9. SUMBANGKAN TRAFIK Untuk SantaiLeeza.com (Tiada Paksaan)
 Hadiah Yang Disediakan : 
  • Jam Tangan = 2 orang pemenang bertuah
  • Saguhati = 4 orang peserta bertuah
Saya Mahu Dapatkan Jam Tangan Dari Santai Leeza  kerana jam tangan itu sangat cantik,lagipun saya mahu beri jam itu kepada kakak saya semperna hari jadinya memandangkan jam tangan lamanya sudah rosak.

Pendapat tentang blog SantaiLezza.com  :

Serius,saya memang seorang blogwalker namun saya tidak pernah menjumpai blog ini.Saya menjumpainya hanyalah setelah blog yang saya follow menyertai giveaway ini.Saya telah jatuh cinta pandang pertama pada blog ini. (Ikhlas dari hati,bukan bodek)Kenapa?Kerana,kebanyakan blog yang terkenal mesti akan comel (maksudnya semuanya ada benda yang memerlukan tuto,kod,benda gerak-gerak,dll) tapi blog ini guna template yang disediakan oleh blogger,namun masih kemas!Header pun dibuat sendiri.Syabas!

    OCTOBER 2013 BLOG GIVEAWAY

    Views


    Click HERE if you want to join this awesome giveaway! :3

    Giveaway Me & My Family 2013

    Views


    Klik SINI  untuk join~

    p/s:Baik korang join sebab syarat dia sempoi je~

    Mini Giveaway By Wada

    Views
    assalamualaikum semua :)


    Mini Giveaway By Wada
    Bermula pada 1 Oktober 2013 - 7 Oktober 2013
    sila klik banner untuk join :)

    *tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu*
    *untung sabut timbul, untung batu tenggelam*

    Friday, October 04, 2013

    Mini Giveaway EkaTikah Craft

    Views

    Alhamdulillah, tiba sudah bulan 10 iaitu bulan yang dinanti-nantikan. Bulan yang mempunyai seribu satu makna bagi aku dan juga keluarga. Heee

    Bersempena dengan hari baik, bulan baik dan juga merupakan bulan kelahiran aku *take note*, satu Mini Giveaway EkaTikah Craft akan diadakan. Hadiah semuanya berunsurkan craft. Mungkin hadiah tidaklah semahal mana, tetapi yang penting ikhlas dari hati. Hee

    Segmen ini akan berlangsung mulai 2 Qktober 2013 dan berakhir 30 Oktober 2013.

    Hadiah-hadiahnya:
    1 hadiah misteri untuk seorang top refferal
    2 bantal craft bersaiz 1/2 A4
    5 Keychain Cendawan
    5 Keychain Love
    5 Handphone Strap Stawberri
    3 bekas tempat cucuk jarum
    10pcs Brooch Rose
    5 batang Bookmark
    10 blog tersenarai dalam bloglist Blog Bila Jari Mula Menaip

    -Gambar hadiah akan di update kemudian dan kemungkinan hadiah akan bertambah. Pemilihan pemenang berdasarkan random.org-

    Syarat-syaratnya:
    1- Mestilah Warganegara Malaysia dan merupakan followers
    Blog Bila Jari Mula Menaip
    3- LIKE Page Bila Jari Mula Menaip di Facebook.

    4- LIKE gambar Colourful Bookmark di SINI atau klik gambar di bawah:


    5- Klik SINI SINI SINI dan SINI
    6- Sediakan satu entri bertajuk "Mini Giveaway EkaTikah Craft".
    7- Copy code yang tersedia ada, paste di HTML entri anda dan publish.
    8- Hanya perlu hantar link penyertaan anda di ruang komen entri ini.

    Mudah bukan? Tunggu apa lagi, klik banner EkaTikah Craft di atas untuk join.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Daisypath Friendship tickers