:

Saturday, November 16, 2013

Manfaat Delima

Views

Helo-helo! Maaf kerana dah lama tak update..Alasannya? Tak nak bagitahu, nanti akan dikata menipu pula...Yalah..Sibuk..Aik? Cuti sekolah pun sibuk? Ha, dah kata dah, tak percaya kan? Ok, tak nak membebel, mari kita terus kepada tajuknya! ^_^

{Dipetik daripada muka surat 5,Famili, Berita Harian bertarikh 7 Oktober 2013}
  • Dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Penelitian dijalankan di American Journal of Clinical Nutrition, mendapati antioksidan dalam delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).

  • Dapat mencegah dan mengubati barah. Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati pelbagai jenis barah. Jus delima dapat menghancurkan sel barah payudara dan mengaktifkan sel sihat. Ini kerana estrak biji delima kaya dengan polifenol yang berupaya memulihkan leukemia.

  • Ia merencatkan barah paru-paru dan prostat. Dalam penelitian terhadap 50 lelaki yang minum 205g jus delima setiap hari didapati melambatkan ukuran perkembangan barah prostat.

  • Buah delima dikatakan mencegah dan melambatkan penyakit Alzheimer. Kajian ke atas tikus yang diberi minum jus delima dijalankan menunjukkan sel aktif meningkat.

  • Kandungan gula dalam delima bertindak sebagai skrub untuk menyingkirkan sel kulit mati. Hasilnya, kulit segar dan muda.

  • Kulit buah delima boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Kulitnya yang dijemur dikisar dan digunakan bersama sedikit air perahan limau nipis.

  • Dapat menghilangkan kejang kaki yang biasa dihadapi wanita hamil.

  • Bagi ibu mengandung, delima baik diambil kerana kandungan asid folik tinggi mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan lelangit bibir sumbing pada bayi.

  • Ketika membeli delima, pilih buah yang berat dan kulitnya bersih tanpa cela serta tidak merekah.

  • Boleh dibeli banyak kerana ia tahan 6 bulan dalam peti sejuk.

-----------------------------------------------------------------

Ditaip oleh, 

AYUNI

Dibaca oleh,

ALIAH

------------------------------TATA!------------------------------







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Friendship tickers