Hai-hai-hai! *lambai tangan* Selamat makan limau dan selamat bercuti ya bloggers! Maaf kerana sudah lama tak update dan luluskan komen.Semua ini kerana laptop yang rosak dan kesibukan yang melanda. <--Cewah, ayat dia! Pinjam laptop abang je lah~ Terima kasih kepada semua yang sudah follow blog ini..*terharu* (✿◠‿◠) Al-maklumlah, blog ini baru setahun sejagung..Jika ada masa terluang, saya jejak balik ye..Sabar, separuh dari iman tu~ Demi membalas jasa korang, inilah dia! Penyelesaian masalah yang melanda, kan, kan kan? Lebih-lebih lagi kerana alam pekerjaan dan persekolahan bermula tak sampai sebulan pun lagi. Oret! Let's straight to the point!
{Dipetik daripada BH > FAMILI 20 JANUARI 2014 muka surat BH2}
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
- Lakukan regangan
Ketika jam loceng berbunyi membangunkan anda, segeralah bangun dan melakukan 'pemanasan' badan dengan membuat regangan. Walaupun mungkin mata masih terpejam, paksa tubuh untuk bergerak dari katil. Ia secara automatik akan menjadi 'ingatan' kepada tubuh untuk bangun dan siap memulakan aktiviti. - Minum air putih
Minum segelas air putih dan jadikan rutin, letakkan ia di sisi tempat tidur supaya senang dicapai. Sebaik sahaja sedar, segera minum segelas air sampai habis. Ia dapat mengembalikan kesegaran tubuh, sekali gus mencegah dehidrasi. Selain itu, amalan ini juga akan membantu merangsang saraf dan pencernaan untuk zat yang tidak diperlukan tubuh. - Dengarkan muzik bertempo sederhana
Ketika bangun pagi, jangan paksa diri mendengar muzik tempo cepat dan kuat. Situasi itu membuatkan perasaan anda tidak tenteram. Jadi, cubalah memainkan muzik tempo sederhana dan tenang yang secara perlahan akan merangsang dan mengiringi pagi anda dengan lebih tenang serta lapang fikiran. - Nyalakan lampu
Jika anda sukar bangun pagi, sebaiknya tidurlah dengan lampu menyala. Hal ini dipercayai secara automatik akan membangunkan anda pada pagi hari. Apabila bangun, segera hirup udara segar di luar bilik supaya tubuh segar. - Tarik nafas
Ketika bangun pagi dan tubuh berasa seperti ingin tidur lagi, cubalah menarik nafas panjang dan dalam, lalu hembuskan secara perlahan. Kaedah ini diperayai dapat membantu mengumpul tumpuan dan membuang kepenatan yang mungkin anda rasa. Melancarkan pernafasan juga terbukti berkesan untuk membuat tubuh menjadi lebih rehat. - Mandi pagi
Cara ini memang paling berkesan. Jangan malas atau takut air sejuk pada pagi hari. Segeralah pergi ke bilik mandi dan rasa air segar yang mengalir pada seluruh tubuh. Ia mampu membangkitkan semangat anda.
Kesimpulan -> Nyalakan lampu > Set alarm phone bertempo sederhana > Tidur > Bangun > Usap muka (Sunnah nabi) > Baca doa bangun tidur dan bersyukur masih hidup > Terus bangkit dan lakukan regangan > Tarik nafas dan hembus > Minum air putih segelas > Cuci muka > Gosok gigi (Saya pernah baca, mulut yang segar boleh menyegarkan kita. Maksudnya, gosok gigi efektif untuk hilangkan mengantuk > Mandi > Solat
Fakta tambahan -> Ustazah pernah cakap, sewaktu kita tidur, syaitan ikatkan 3 tali di badan kita. Tali pertama akan terputus jika kita membaca doa bangun tidur / cukup sekadar menyebut ; 'Alhamdulillah'. Tali kedua akan terputus jika kita berwhudu' dan tali ketiga akan terputus apabila kita bersolat. *Tak silap saya*
Segala kesalahan harap ditegur ya! Baiklah, itu sahaja. Moga berjumpa lagi!
(Korang boleh print dan tampal di mana-mana tempat yang mudah dilihat ketika baru bangun tidur, sebagai motivasi pagi. Semoga bermanfaat! Yosh! ッ )
No comments :
Post a Comment
Siapa yang murah hati bolehlah tolong sedekahkan komen.Terima kasih~
Spread the love! (っ◔◡◔)っ ♥