:

Sunday, March 09, 2014

FREEBIES : Header PNG / Transparent

Views


Eh, freebies lagi? Biasalah..Tengok tuan rumah la!OK, kali ini freebies dipecahkan kepada 3 bahagian. Satu, sumber daripada Pak Cik Google tersayang. Dua, buat sendiri. Tiga, segmen Q & A (question and answer) Saya minta tolong sangat-sangat dan merayu...TOLONGLAH KOMEN YA kalau nak ambil! Tak nak ambil pun kena komen juga, hehe~ Tuan rumah ni nak tahu juga, ada tak tetamu yang sudi makan juadah buatan sendiri. OK, sebelum saya berceloteh lebih panjang, readers tengok-tengoklah dulu..Mana tahu, ada yang melekat di hati ke?

p/s : Oleh sebab sumber Google, jika saya ada tercuri readers punya header atau ada header readers tak halalkan, tolonglah beritahu ya? Nanti saya buang secepat mungkin.                                                                  

p/s (2) :
Saya pakai buat sahaja saiznya. Kalau terkecil (terbesar tak apa. Kenapa?

Teruskan membaca)
readers buat macam gambar di bawah (yang ni guna
Photoscape) ; *bagi yang dah arif abaikan                      



SEGMEN Q & A
*bagi yang dah arif abaikan

Q : Apa itu preserve aspect ratio?

A : Preserve aspect ratio (Ah..Nak tulis pun dah berbelit tangan) adalah penyeragam. Contohnya, ada satu gambar tu saiz asal dia 1000 X 500, kalau atas dia (width) readers tukar 2000, bawahnya (height) automatik akan bertukar jadi 1500. Jadinya, 2000 X 1500..Tiadalah dia bertukar 2000 X 780 pula tiba-tiba..Faham tak? Hehe..

Q : Height dan width tu apa pula?

A : Width itu panjang, height pula lebar. Ala...Tak kan tak belajar Sains? Panjang X Lebar X Tinggi~


Q : Jadi, saya perlu tick ke tak kotak tu?


A : Ikut kesesuaian. Perlu tick ke tidak, itu semua kena tengok saiz header (maksud saya saiz tempat readers nak letak header tu) dulu lah..Pastu fikirlah sendiri perlu tick ke tidak.. *paham ke tak ni

Q : Macam mana saya nak letak header tu kat blog?


A : Eh, simpang tajuk! Tapi, oleh kerana saya baik hati, mari saya ajar. Blogger Dashboard -> Layout -> Klik edit di "Nama blog readers" (Header) -> Di ruangan Image, pilih
(jika dah resize sahaja) atau From the web (bla..bla..bla) jika readers tak resize. -> Di ruangan Placement pula, pilih Instead of title and description (kalau tak nanti tajuk dengan gambar berlapis) -> Tick Shrink to fit (Cuba skrol atas balik, gambar tadi. Sebab tu lah saya taip, lebih pun tak apa. Sebab nanti Blogger tolong kecilkan. Tapi, kita resize tadi sebab Blogger tak tolong besarkan. -> Save. Siap! Cuba View blog~ ^^

Readers diberi pilihan sama ada mahu right click (Save As)
ᒪ  atau right click (Copy image location / Copy image URL).    

HEADER IHSAN GOOGLE

(Sorry, majoriti yang gegirl =p)
HEADER BUATAN SENDIRI

Cubaan pertama. Belum ada idea, buat sahajalah yang simple-simple.

Special made for bluish-purplish lovers! (Including me, hehe). Eh, yang kiri tu belum di-freebies kan lagi? Lain kali lah
Waktu saya belek-belek doodle yang sesuai, tiba-tiba saya dapat idea. Hasilnya, beginilah. Huhu~ (Bunga tu sengaja letak, sebab ada ruang kosong)
Yang ini saya paling berpuas hati..Cantik?
(Maaf sekali lagi...Still, majoriti semua untuk kaum hawa~ Sebelum orang lain tanya, saya 100 % guna Photoscape.)

Masih tak jumpa header yang menawan kalbu? Skrol bawah~
Sebenar-benarnya, ada satu lagi bahagian.
 
HEADER HIAS SENDIRI!*maaf kerana menyakitkan mata anda -_-'

Dah baca tajuk? Header ni readers boleh hias sendiri, ikut kegemaran. Boleh guna Photoscape, Photoshop atau apa-apa aplikasi yang lain. Paint dan Microsoft Word pun boleh! Tak pandai? Komen di bawah. Insha-ALLAH, saya akan pertimbangkan untuk buat tutorial (syaratnya kena komen dulu =p). Hiasan untuk header nanti boleh tengok sini ; Koleksi Freebies



Yang ini special, sebab boleh masukkan gambar dalam frame tu. Nak tahu macam mana? Klik SINI.



Nampak kosong sahaja kan? Tapi sebenarnya ini header transparent. Readers boleh hias sendiri.
Last but not least,


                               

p/s : Nak tahu macam mana saya buat gambar bergerak tu? BACA SINI

No comments :

Post a Comment

Siapa yang murah hati bolehlah tolong sedekahkan komen.Terima kasih~

Spread the love! (っ◔◡◔)っ ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Friendship tickers